Apabila bertiup angin selatan

Segera singgah sampai berhenti:

Apabila hidup ingin berkawan,

Pelihara lidah pandai berbudi.


Syarat-syarat menjadi ahli Angkatan Senifoto wilayah Persekutuan (ASFON WP)

1๏ธโƒฃ Keahlian terbuka kepada setiap Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang benar-benar berminat dan cenderung dalam lapangan senifoto.

2๏ธโƒฃ Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua(2) orang ahli dengan menggunakan borang dan dihantar kepada Setiausaha tempatan yang mana hendaklah pula mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.

3๏ธโƒฃ Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

4๏ธโƒฃ Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran seperti yang telah ditetapkan, diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli mulai dari tarikh permohonannya diluluskan.

5๏ธโƒฃ Bayaran untuk menjadi ahli seumur hidup ASFON WP ialah RM250 dan untuk ahli biasa yuran tahunan sebanyak RM50. Bayaran RM10 untuk yuran pendaftaran.


Untuk menjadi ahli ASFON WP, anda mempunyai pilihan antara 2 jenis keahlian samaada ahli seumur hidup ataupun ahli biasa. Jumlah bayaran yuran adalah seperti berikut:

1๏ธโƒฃ Ahli seumur hidup dengan bayaran RM250 dan yuran pendaftaran RM10. Jumlah bayaran ialah RM260 untuk sekali bayaran.

2๏ธโƒฃ Ahli biasa dengan bayaran RM50 dan yuran pendaftaran RM10. Jumlah bayaran ialah RM60 yang perlu dibayar untuk setiap tahun.

Klik pada pautan Borang Online Ahli ASFON WP atau icon di bawah bagi mengisi borang permohonan untuk menjadi ahli:



Faedah menjadi ahli ASFON WP

1๏ธโƒฃ Menjadi ahli kepada sebuah persatuan fotografi yang well established dan berdaftar di Malaysia sejak 1996.

2๏ธโƒฃ 15% diskaun untuk sebarang pembelian barangan ASFON WP seperti buku, topi, baju dan sebagainya.

3๏ธโƒฃ 15% diskaun untuk yuran foto outing, trip foto, phototalk dan sebarang acara fotografi anjuran ASFON WP.

4๏ธโƒฃ Peluang untuk menyertai sebarang pameran fotografi anjuran ASFON WP.

5๏ธโƒฃ Berpeluang untuk berkenalan, berkongsi ilmu dan berkumpul bersama pelbagai genre fotografer.

6๏ธโƒฃ Ahli akan mendapat informasi terawal tentang sebarang aktiviti anjuran kami. Ahli akan diberi keutamaan terlebih dulu untuk sebarang acara anjuran ASFON WP.


Anak kuda berlari-lari,

Diikat tali-lipat berlipat:

Banyak harta dapat dicari,

Sahabat sejati payah didapat.