Setelah selesai urusan pendaftaran ahli baru, ASFON WP akan menghantar email pengesahan ahli bersama e-resit pembayaran. Nombor ahli akan diberi bagi setiap ahli berdaftar. Untuk makluman hanya ahli seumur hidup ASFON WP akan diberi kad keahlian kekal.

Ahli yang telah berdaftar adalah layak untuk menikmati kelebihan AHLI ASFON WP seperti tertera di bawah, sila kepilkan nombor ahli anda untuk setiap urusan bersama ASFON WP.

Kelebihan menjadi AHLI ASFON WP

1๏ธโƒฃ Menjadi ahli kepada sebuah persatuan fotografi yang well established dan berdaftar di Malaysia sejak 1996.

2๏ธโƒฃ 15% diskaun untuk sebarang pembelian barangan ASFON WP seperti buku, topi, baju dan sebagainya.

3๏ธโƒฃ 15% diskaun untuk yuran foto outing, trip foto, phototalk dan sebarang acara fotografi anjuran ASFON WP.

4๏ธโƒฃ Peluang untuk menyertai sebarang pameran fotografi anjuran ASFON WP.

5๏ธโƒฃ Berpeluang untuk berkenalan, berkongsi ilmu dan berkumpul bersama pelbagai genre fotografer.

6๏ธโƒฃ Ahli akan mendapat informasi terawal tentang sebarang aktiviti anjuran kami. Ahli akan diberi keutamaan terlebih dulu untuk sebarang acara anjuran ASFON WP.


Sila klik link di bawah untuk memeriksa status keahlian.

This page is still under construction