FASAL 1: NAMA PERTUBUHAN

Pertubuhan ini dikenali dengan nama ANGKATAN SENIFOTO WILAYAH PERSEKUTUAN atau nama ringkasnya ASFON WP. (Selepas ini disebut "Pertubuhan').

FASAL 2: TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat Berdaftar, alamat surat-menyurat dan tempat urusan Pertubuhan ialah di Lot 2916 (11A), Laman Harmoni, Lorong Beringin, 48050 Kuang, Rawang, Selangor, atau di lain tempat atau tempat-tempat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.
2.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat mesyuarat Pertubuhan tidak boleh
diubah tanpa kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan tertebih dahulu.

FASAL 3: BENDERA DAN LAMBANG

3.1 Pertubuhan ini mempunyai bendera dan lambang bertemakan ‘shutter blade’berorientasikan indusri visual kreatif, seni fotografi. Lencongan grafik membentuk ikon huruf ‘a’ yang membawa maksud ASFON WP. Gabungan grafik berwarna merah dan biru membentuk huruf “i” yang membawa signifikasi sebagai intelektual. Intelektual melambangkan ahli ASFON WP diklasifikasikan sebagai bijak pandai yang memiliki ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam bidang fotografi. Warna
bendera dan lambang ialah hitam, merah dan biru.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi perlembagaan ASFON WP boleh klik pada pautan di bawah.