Angkatan Senifotografi Wilayah Persekutuan (ASFON WP)
Pameran 100 Kaler Life in Colours, merupakan rangkuman hasil seni media kreatif khususnya fotografi.
Kolaborasi pameran seni fotografi ini adalah rangkuman kreativiti jurugambar profesional yang terpilih di Malaysia. Pameran ini merupakan platform untuk menjadi wadah bagi susur galur kerja seni media kreatif fotografi. Angkatan Senifoto Kuala Lumpur (ASFON WP) sentiasa merealisasikan tanggungjawab kepada ahli-ahli serta rakan bahkan juga terhadap negara Malaysia dengan mengadakan satu program sosial korporat (CSR) seperti pameran ini sebagai bukti komitmen dalam menyumbang kepada masyarakat perpaduan “Malaysia Madani” yang cintakan fotografi.
Semangat holistik seni fotografi sentiasa terus ditonjolkan dan direalisasikan agar ianya menjadi wadah kepada kelestarian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
100 KALER Life In Colours adalah sebuah antologi yang mendokumentasikan kepelbagaian dan keindahan dalam dunia fotografi.
Melalui kombinasi Komposisi, Ambisi, Luminasi, Eksplorasi, dan Resolusi, 100 jurufoto professional terpilih telah berjaya menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti, menarik dan memiliki impak visual dan penceritaan yang berkesan. 100 KALER memanifetasikan kreativiti, dedikasi, dan kepakaran jurugambar professional terhadap genre yang di kuasai.
100 KALER Life In Colours sedang dipamerkan di Kuala Lumpur Photography Festival 2024 (KLPF2024) setiap hari mulai 9 hingga 11 Ogos 2024 di KL Gateway Mall yang diurus oleh Puan Salliza Salleh, selaku Ketua Pengarah Projek dan dibantu oleh Encik Mazlan Md Jali dan Encik Mohd Khalis Azizi Bin Wan Ibrahim. Sehubungan dengan itu, pameran 100 gambar ini menterjemahkan akhiran penciptaan karya oleh setiap jurufoto profesional.
100 KALER Life In Colours ini menjelmakan pelbagai gaya, teknik, dan pendekatan dalam seni fotografi. Setiap gambar adalah hasil eksplorasi dan interpretasi unik dari setiap jurugambar. Koleksi 100 KALER menerapkan lima elemen utama dalam penghasilan karya iaitu Komposisi, Ambisi, Luminasi, Eksplorasi, dan Resolusi bagi memperlihatkan keunikan dan kecintaan mereka terhadap setiap genre. Setiap jurufoto memfokuskan pada genre yang diminati, seperti Fotografi Alam Semula Jadi (Nature Photography), Fotografi gaya hidup (Lifestyle Photography), Fotografi Perjalanan (Travel Photography), Fotografi Potret (Portrait Photography), Fotografi Jalanan (Street Photography), Fotografi Seni Bina (Architectural Photography),
100 KALER Life In Colours ini telah dikompilkan menjadi sebuah buku.
Buku ini berfungsi sebagai sumber inspirasi kepada peminat fotografi. Ia juga berfungsi sebagai rujukan dan panduan bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran fotografi. Buku ini bukan sahaja menonjolkan keindahan alam semesta, tetapi juga mendokumentasikan pelbagai aspek kebudayaan dan kehidupan harian. Secara tidak langsung ianya membantu dalam memelihara warisan budaya dan memberikan perspektif visual tentang kehidupan di Malaysia. Dengan memiliki buku ini, pembaca dapat menikmati koleksi gambar yang unik dan amat berkualiti. Ini meningkatkan nilai komersial buku tersebut dan menjadikan ia sebagai item koleksi yang berharga.
Buku ini memberi pendedahan kepada rakan, ahli, komuniti dan jurufoto yang terlibat dalam projek ini. Kredit yang diberikan kepada jurufoto dalam buku ini membantu meningkatkan profil mereka dan membuka peluang untuk kolaborasi dan projek masa depan. Buku ini boleh juga digunakan sebagai alat pendidikan untuk mengajar tentang seni fotografi.Ia sesuai untuk digunakan dalam kelas seni, bengkel fotografi, dan program pendidikan visual.
MOHD SAMSI SUMAIRI Kurator
9 Ogos 2024
Terima kasih kerana singgah, kita jumpa di posting seterusnya ya.
Mohd Samsi Sumairi
- Timbalan Presiden ASFON WP 2023