ANGKATAN SENIFOTO WILAYAH PERSEKUTUAN

PPM-029-14-20081996

Penjenamaan ASFONWP
Penerangan tentang logo baru Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan ASFONWP

Logo Baru ASFON WP

Amnya, logo Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan singkatannya ASFON WP diluluskan pertukaran pada 30 Jan 2023.

Merupakan pertukaran logo kali ke tiga sejak ASFON WP didaftarkan pada 20 Ogos 1996. Pada awal tahun 2023, idea penjenamaan dan pertukaran logo baru dilakukan sejajar dengan perkembangan semasa era digital kini supaya kelihatan lebih menonjol dan mempunyai nilai komersial terutama pada warna asas sekunder dengan tulisan yang lebih jelas bagi mudah diletakkan pada sebarang material.

Pemilihan logo seterusnya ini dibuat secara terbuka oleh semua Ahli Jawatankuasa ASFON WP dengan pelbagai idea kreatif.  Sebanyak 18 pelbagai rekaan menarik, kreatif diterima serta sebulat suara memilih rekaan daripada Sdr. Mohd Khalis Azizi bin Wan Ibrahim, AJK Media ICT di atas untuk didaftarkan.


Logo lama ASFWONWP

– sejak 1996

Logo baru ASFONWP

– bermula Januari 2023


Maksud Keseluruhan Logo

1.         Tulisan Tangan Berbentuk Huruf ’a’. Secara keseluruhan rekaan grafik tulisan tangan berbentuk simbol ’a’. Di ruang tengah ruangan kosong membawa simbol ’aperture’ (bukaan cahaya) yang begitu penting buat semua ahli faham dan memahami penggunaannya.  Diperjelaskan dengan tulisan jenis Arial huruf besar di bawah dengan perkataan Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan (ASFON WP).

2.         Lima Bilah (Blade) Berwarna Hitam Dan Biru. Sebagai simbolik ’shutter blade’ (bilah pengatup) iaitu komponen terpenting terletak dalam kamera yang berfungsi sebagai kelajuan merakamkan subjek dengan seni melihat yang kreatif dengan pelbagai genre medium fotografi samada hitam putih atau berwarna. Menggambarkan ASFON WP sebagai sebuah persatuan fotografi dengan ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik dan genre.

3.        Simbol Grafik bentuk Angka Satu Berwarna Merah. Menggambarkan ASFON WP sentiasa mengutamakan ketegasan dalam setiap karya, berdisiplin, mempunyai objektif yang jelas dan hala tuju persatuan yang memberi manfaat kepada setiap ahli.


Shamsul Kamal bin Zakaria

- President ASFONWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram
RSS