Kuala Lumpur Photography Festival 2023 yang di jadualkan pada 18, 19 dan 20hb Ogos, 2023 sudah semakin hampir. Saban tahun ASFONWP akan memastikan penyertaan dan sokongan padu kami berikan kepada acara KLPF.
Bagi tahun 2023, pasukan ASFONWP merancang untuk mempamerkan gambar-gambar menarik dari koleksi ahli-ahli ASFONWP dan rakan-rakan ASFONWP. Mari kita penuhkan dinding pameran foto ASFONWP di KLPF 2023 dengan gambar-gambar yang bukan saja dapat memukau mata pengunjung tetapi dalam masa yang sama dapat memberi inspirasi kepada mata yang melihat untuk terus kreatif dalam menghasilkan hasil seni masing-masing.

Ayuh ahli-ahli ASFONWP dan rakan ASFONWP yang mendapat jemputan khas, kita sama-sama turut serta di dalam acara pameran fotografi kali ini. Tema pameran fotografi ASFONWP di KLPF 2023 ialah "Cahaya Pagi" atau "Morning Light".
Gambar-gambar yang kami mahu ialah momen yang dirakam di bawah cahaya pagi dalam pelbagai genre fotografi. Landscape, human interest, macro, portraiture, architectural, people, travel, street etc. Keep it simple, be open-minded and be creative with your artwork. Pastikan setiap gambar yang dihantar menonjolkan keindahan penggunaan cahaya pagi. Emailkan karya anda kepada photogallery.asfonwp@gmail.com, berserta nama penuh dan nombor hp anda untuk kami hubungi. Saiz fail setiap satu hendaklah tidak melebihi 5mb. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Cahaya Pagi di Semporna
Nazri Sulaiman
Cahaya Pagi di Semporna
Nazri Sulaiman


Cahaya Pagi di Semporna
Shamsul Kamal Zakaria
Cahaya Pagi di Lembah Tempurung
Sallymatsuda

Saya kepilkan beberapa contoh gambar rakan-rakan saya yang diambil di bawah cahaya pagi sebagai rujukan dan insipirasi. Cepat emailkan gambar anda sebelum atau pada 9hb Ogos 2023.
Follow kami di social media untuk informasi terbaru tentang photography outing anjuran ASFON WP yang akan datang. Untuk sebarang cadangan atau buah fikiran bagi penambahbaikan aktiviti outing kita, boleh tinggalkan message anda pada ruangan komen di bawah.

Terima kasih kerana singgah, kita jumpa di posting seterusnya ya.

Salliza Salleh
AJK ASFONWP 2023
Follow Sallymatsuda on social media